Pages

Apa itu Emall Network??

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada anda. Tahniah kerana anda memilih untuk melayari blog saya ini. Walaupun saya buat blog ini separuh masa, tetapi saya cuba menghasilkan penulisan yang baik.

Kepada usahawan Emall, anda memang EXTREME HEBAT!!! Kepada yang masih lagi belum membuat keputusan, buatlah keputusan sekarang. Hari yang paling sesuai untuk kita mengubah diri kita adalah hari selepas semalam dan hari sebelum esok. Saya amat suka dengan kata-kata ini yang selalu diucapkan oleh sahabat seperjuangan saya.

Dalam post sebelum ini saya cuma memberikan sedikit makanan untuk santapan minda anda supaya minda anda lebih terbuka semasa membacanya. Tapi kali ini saya ingin bercerita sedikit latar belakang Emall Network Sdn. Bhd.

Bertempat di Hotel Maya Kuala Lumpur, di situ lah terletaknya HeadQuaters Emall Network Sdn. Bhd. Alamatnya adalah seperti berikut:
Suite 8.06 Hotel Maya, Jln Ampang 50450 Kuala Lumpur.

Syarikat ini merupakan syarikat yang berdaftar dengan no. pendaftaran 830292-U, jadi anda tidak perlu risau tentang kesahihan syarikat ini. Mula beroperasi pada pertengahan tahun 2008, syarikat ini telah mula mendapat tempat di hati ramai usahawan-usahawan yang berusaha untuk menjadikan Emall Network ini sebagai platform menjana pendapatan melalui usahaniaga yang dijalankan oleh mereka. Saya sendiri telah mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui Emall Network ini dan insyaAllah jika berjaya mencapai sasaran, saya akan resign dalam kerjaya professional saya dalam masa lagi 6 bulan untuk menjadi seorang usahawan sepenuh masa.

Suka untuk saya bercerita mengenai prestasi syarikat ini selepas 1 tahun setengah muncul dalam arena perniagaan ini. Jika diperhatikan dari segi ranking atau kedudukan laman web syarikat ini, kedudukan ini telah melonjak dari kedudukan 17juta ke 2juta dalam tempoh tidak sampai setahun. Dan percaya atau tidak, kedudukan terkini semasa post ini ditulis adalah 700ribu dalam dunia. Anda dapat lihat prestasi syarikat ini yang begitu pantas melonjak dari bawah ke atas. Jika dikira dalam Malaysia pula, kedudukan laman web syarikat ini adalah yang ke 5000. Jika anda dapat lihat prestasi syarikat ini dalam tempoh 1 tahun setengah, jadi bagaimana pula selepas 3, 4 atau 5 tahun? Tidak mustahil laman web ini akan menjadi top 10, kalau tidak dalam dunia, mungkin dalam Malaysia.

Jadi mengapa laman web syarikat ini menjadi antara yang terpantas melonjak naik dari zero to hero? Ini adalah kerana bilangan traffik yang mengunjungi laman web ini begitu pantas berkembang. Untuk pengetahuan anda, pengunjung laman web ini bukan sahaja terdiri dari kalangan rakyat malaysia sahaja bahkan dari seluruh dunia. Jadi tidak mustahil produk yang anda pasarkan di dalam laman web ini akan terjual di seluruh dunia!! Lihatlah betapa hebatnya penangan teknologi.

Di sini syarikat amat menggalakkan kita menghasilkan produk sendiri bagi menikmati keuntungan bersih atas usaha kita sendiri. Cuba anda bayangkan, jika kita menjual produk syarikat, adakah kita akan digelar usahawan? Jawapannya tidak! Kita hanya boleh digelar promoter. Jika kita menjual produk syarikat, siapa yang untung? Tentulah syarikat! Jadi di sini Emall Network Sdn. Bhd. amat menggalakkan usahawan-usahawan mereka untuk menghasilkan produk sendiri. Kita juga yang akan menikmati keuntungan bersih selepas jualan, betul atau tidak? Jika saya hendak bercerita tentang profit, sampai esok menaip pun belum tentu habis. Jadi saya ingin menutup post saya sampai di sini dulu.

Salam kejayaan kepada semua usahawan Emall..Anda semua EXTREME HEBAT!!!

Assalamualaikum..