Pages

Hidup baru..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang sedang melayari blog ini.
Sebelum itu izinkan saya memperkenalkan diri saya dahulu. Nama diberi Mohamad Afif Bin Daud. Saya merupakan graduan UiTM dalam bidang Kejuruteraan Awam dan kini saya bekerja di sebuah firma kejuruteraan sebagai Jurutera Struktur.
Bagi graduan yang bakal meninggalkan alam universiti dan menghadapi dunia pekerjaan tidak kira lagi setahun, 2 tahun, atau mungkin cuma tinggal beberapa minggu lagi sebelum memulakan pekerjaan masing-masing, saya ingin bertanya kepada anda semua, pernahkah anda bertanya kepada ibu bapa anda, apakah definisi BERJAYA yang mereka inginkan? Semua ibu bapa inginkan anak mereka berjaya tetapi mereka tidak pernah mendefinisikan KEJAYAAN yang mereka ingin lihat dalam diri anak mereka, betul tak apa yang saya cakapkan ini?
Adakah ibu bapa mahu melihat anak mereka berjaya hanya dengan mendapatkan ijazah, atau mungkin tidak. Ada yang berkemungkinan hanya ingin melihat anak mereka berjaya menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat. Atau mungkinkah ada di antara ibu bapa yang melihat anak mereka berjaya dari segi pandai membuat duit atau sentiasa banyak duit? Adakah itu yang mereka ingin lihat sebagai kejayaan anak mereka? Adakah itu yang akan mendefinisikan KEJAYAAN dalam diri anak mereka?
Di sini saya bukanlah ingin menyatakan bahawa menghantar anak untuk belajar di universiti adalah tindakan yang salah. TIDAK SALAH!! Saya juga merupakan graduan universiti, tetapi apa yang saya tekankan di sini adalah tiada universiti di dunia ini yang mengajar kita cara untuk membuat duit, tetapi lebih menekankan kita belajar pandai-pandai untuk bekerja makan gaji. Saya tidak tahu apa yang pelajar dalam bidang pengajian perniagaan belajar setiap hari, tetapi itu yang saya belajar waktu saya di universiti.
Universiti banyak mengajar erti kehidupan dalam diri saya, tetapi ada juga yang tidak diajar, iaitu 'BAGAIMANA'... Maksud saya, bagaimana hendak hidup di dunia ini? Tentulah dengan makan, baru dapat hidup, betul tak? Tetapi bagaimana hendak makan jika tiada wang? Tentunya dengan kemahiran, kerana melalui kemahiran yang kita ada, kita dapat menghasilkan pendapatan. Masalahnya universiti tidak mengajar saya cara untuk menghasilkan pendapatan. Yang diajar cuma cara untuk bekerja, bekerja dan bekerja...
Secara praktikalnya, pergi ke universiti hanya untuk mendapatkan segulung ijazah dan mencari kerja di pasaran pekerjaan seperti JobStreet dan sebagainya lagi. Berbaloikah belajar di universiti selama 3-4 tahun kemudian gaji yang diterima pula sekadar cukup-cukup makan? Hidup di bandar-bandar besar di sekitar ibukota hanya membuatkan kita ibarat seorang miskin yang professional.
Saya ingin buka sedikit minda anda yang membaca post ini, sedarkah kita bahawa bos kita hanya membuat pelaburan ke atas diri kita? Maksud saya, dia membayar gaji kita sebagai pelaburannya untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda. Saya ambil contoh dalam bidang saya sendiri, iaitu bidang pembinaan. Bos saya telah menerima sebuah projek 'High-Rise Building' dan dia membayar gaji saya. Tempoh projek untuk siap adalah 2 tahun. Selama 2 tahun, dia cuma mengeluarkan RM6m. Maka berbaloikah dia membayar saya dengan jumlah
Persoalannya berbaloikah saya belajar di universiti selama 4 tahun untuk mendapat segulung ijazah, kemudian bekerja dengan dia hanya untuk mendapat gaji yang cukup-cukup makan?
Wahai sahabat, sedarkah anda bila kita bekerja makan gaji, kita terpaksa mengorbankan salah satu untuk mendapatkan salah satu? Di sini salah satu itu bermaksud wang dan masa. Kita terpaksa mengorbankan masa kita untuk membuatkan bos kita untung selama 8 jam (atau lebih) setiap hari. Jika kita inginkan masa, maka kita terpaksa mengorbankan wang (tidak bekerja) untuk mendapatkannya. Beginilah kehidupan orang-orang normal.
Sebelum saya menutup post ini, saya ingin bertanyakan kepada anda. Pernahkah anda fikir, jika kita selalu memohon doa agar dimurahkan rezeki, adakah Allah akan jatuhkan wang dari langit selepas kita mohon doa? Kita berdoa, Allah akan tunaikan kerana memang itu janjiNya pada kita, "mintalah padaKu nescaya Aku perkenankan". Tetapi Dia tidak menjatuhkan wang dari langit atau membuatkan wang muncul tiba-tiba ada di bawah sejadah. Sebaliknya Dia hanya akan menunjukkan jalan, selebihnya kita yang kena ambil tindakan. Guru cuma buka pintu, kita yang kena memasukinya dengan diri sendiri. Ingatlah dalam dunia ini, segala yang berlaku adalah dengan sebab musabab. Tak mungkin sesuatu akan berlaku tanpa sebab. Semuanya bersebab. So kalau anda harapkan duit jatuh dari langit, atau duit masuk dalam akaun anda tiba-tiba, mungkinkah itu akan terjadi? Saya tekankan sekali lagi, kita mohon doa selepas solat, rezeki tak akan bertambah pada waktu itu (kecuali diizinkan Allah), tetapi Allah akan tunjukkan jalan, beri peluang pada kita untuk ubah diri sendiri. Kepada yang membaca blog ini, bersyukurlah pada Yang Esa kerana anda berpeluang untuk bertemu dengan peluang ini.
Salam..~~

No comments:

Post a Comment